Menu

Led

Pengenalan

PENGENALAN

Prasekolah SJK © Pasir Pinji 1 dibuka pada tahun 2007 diberi nama Prasekolah SJK © Pasir Pinji 1 adalah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru Prasekolah Puan Teoh dan seorang pembantu Puan Hasliza telah membangunkan dan menceriakan suasana kelas Prasekolah dengan kemasukan murid seramai 25 orang menjadikan kelas Prasekolah Lengkap dan penuh. Kini Prasekolah tetap akan terus menyambung warisan Prasekolah. Oleh demikian Pn Teoh akan menaikkan lagi prestasi Prasekolah ini dengan pencapaian murid yang memberansangkan.

Monday, 5 November 2012

PANTUN NASIHAT



Pakai baju warna biru,
Pergi ke sekolah pukul satu;
Murid sentiasa hormatkan guru ,
Kerana guru pembekal ilmu.

Jangan pergi mandi di lombong,
Emak dan kakak sedang mencuci;
Jangan suka bercakap bohong,
Semua kawan akan membenci.

Jikalau tuan mengangkat peti ,
Tolong masukkan segala barang;
Jikalau anak-anak bersatu hati .
Kerja yang susah menjadi senang .

Pinang muda dibelah dua
Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua
Ajaran baik jangan diubah

Hari malam gelap-gelita
Pasang lilin jalan ke taman
Sopan santun budaya kita
Jadi kebanggaan zaman berzaman

Orang Daik memacu kuda
Kuda dipacu deras sekali
Buat baik berpada-pada
Buat jahat jangan sekali

Adik ke kedai membeli halia
Emak memesan membeli laksa
Jadilah insan berhati mulia
Baik hati berbudi bahasa

Jalan-jalan ke kota Blitar
jangan lupa beli sukun
Jika kamu ingin pintar
belajarlah dengan tekun

Budak-budak berkejar-kejar,
Suka-suka bermain di sana,
Kalau kita rajin belajar,
Tentu kita akan berjaya

Buah cempedak diluar pagar       
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar           
Kalau salah tolong tunjukkan 

Burung Kakak Tua     
Ada anak empat   
Nenek sudah tua       
Jalan pakai tongkat

Lompat si katak lompat
Lompat dalam perigi
Cepat adik cepat
Pergi mandi cuci gigi

Burung kenek-kenek
Hinggap bawah batang
Apa pesan nenek
Cepat-cepat pulang

Ayam kedek-kedek
Beri makan padi
Abang sayang adik
Mesti ajar mengaji

3 comments:

  1. Ia amat berguna dalam pertandingan deklamasi pantun! Sungguh baik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih. Sama-sama kita kongsi pengalaman!

      Delete
  2. bahan pantun terbaik dan tidak perlu disemak lagi untuk saya gunakan pada persembahan prasekolah .. harus dibukukan!

    ReplyDelete