Menu

Led

Pengenalan

PENGENALAN

Prasekolah SJK © Pasir Pinji 1 dibuka pada tahun 2007 diberi nama Prasekolah SJK © Pasir Pinji 1 adalah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru Prasekolah Puan Teoh dan seorang pembantu Puan Hasliza telah membangunkan dan menceriakan suasana kelas Prasekolah dengan kemasukan murid seramai 25 orang menjadikan kelas Prasekolah Lengkap dan penuh. Kini Prasekolah tetap akan terus menyambung warisan Prasekolah. Oleh demikian Pn Teoh akan menaikkan lagi prestasi Prasekolah ini dengan pencapaian murid yang memberansangkan.

Wednesday, 3 October 2012

PROGRAM KAJIAN KEMBARA PRASEKOLAH ( Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira )



1.         Pendahuluan

Penilaian dan pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran dan dijalankan secara berterusan untuk mengenal pasti pelbagai kecerdasan dan potensi murid supaya perkembangan mereka dapat diperkukuhkan dan dipertingkatkan.

Selain daripada itu, penilaian dan pentaksiran ialah satu proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah dan instrumen seperti senarai semak, skala kadar, rekod anekdot dan rekod berterusan.

Justeru itu, Kajian KEMBARA Prasekolah yang mengambil konsep penilaian dan pentaksiran dijalankan secara berterusan di sekolah untuk mengumpul data dan tahap pencapaian dan penguasaan murid dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira. Keberkesanan analisis dan maklumat daripada kajian yang telah dijalankan menunjukkan peningkatan tahap penguasaan murid prasekolah, maka kajian ini diteruskan.

2.         Matlamat

Hasil kajian yang telah dilaksanakan membolehkan pihak Jabatan Pelajaran Perak mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru prasekolah meningkatkan pedagogi di dalam kelas supaya perkembangan potensi murid ke tahap optimum dapat dicapai.

3.         Objektif

3.1       Mengesan dan mengenalpasti perkembangan murid prasekolah dari segi kemahiran membaca, menulis dan mengira.

3.2       Membantu guru mengenalpasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa.

3.3       Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan perkembangan murid.

3.4       Membantu guru menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas prasekolah.


MANUAL PELAKSANAAN PENTAKSIRAN


1. Kajian Pentaksiran ini dijalankan untuk semua murid prasekolah di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Negeri Perak bertujuan untuk mengesan tahap penguasaan murid prasekolah KPM dalam kemahiran membaca,menulis dan mengira.

2. Pelaksanaan kajian adalah berasaskan Standard Pembelajaran yang   
    terkandung di dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
i)          Tunjang Komunikasi Bahasa Malaysia
          ~ Kemahiran Membaca
          ~ Kemahiran Menulis 

          ii)           Tunjang Sains dan Teknologi ( Matematik ) 
                      ~ Mengelas, Membanding dan Memadan
                       ~ Operasi Nombor 1-10         
            ~ Operasi Nombor 11-20
*               Guru boleh menggunakan edaran yang dibekalkan dan bahan lain yang difikirkan sesuai untuk mengenal pasti dan menilai tahap penguasaan murid.
*               Untuk kemahiran menulis, penilaian adalah berasaskan hasil kerja murid dari semasa ke semasa.
3. Skala
    Skala pengukuran yang digunakan adalah seperti  berikut :
    0 – Belum Menguasai
    1 – Telah Menguasai      



4. Bagi Bahasa Malaysia –

   i) Kemahiran Menulis  

   Tahap penguasaan murid boleh dirujuk mengikut skala pada setiap 
   muka surat untuk soalan berkenaan.   


    ii) Kemahiran Membaca Jumlah item untuk setiap soalan adalah
                                              berbeza (rujuk soalan)

   Tahap penguasaan murid boleh dirujuk mengikut skala pada setiap muka surat
   untuk soalan berkenaan.   


5. Bagi Matematik                             
   Tahap penguasaan murid boleh dirujuk mengikut skala pada setiap muka surat
   untuk soalan berkenaan.   


 PENTAKSIRAN BAHASA MALAYSIA

KEMAHIRAN MEMBACA


Eja dan sebut suku kata yang ditunjukkan. (terbuka )


ba


ca

di

gu

fa

bu


bo

be

la

ki

su

pi

la

ma

ja


ca

cu

na

ta

pe




baca suku kata yang ditunjukkan. (tertutup)


ban


can

dan

gan

jan

pan

lin


sin

tin

pin

cin

bin

bun


kun

cun

gun

tun

nun

ben


ken

men

sen

pen

ren

Baca perkataan berikut.

1. Contoh KVKV

kaki            mata                  buku
2. Contoh VKV

api             ubi            abu

3. Contoh VKVK

usik             enam                  emak

4. Contoh KVKVKV
                  
kereta       tomato              kemeja

5. Contoh KVKVK

bukit                    sabit                    bulat

6. Contoh KVKKV

jambu                 kunci                   mandi

7. Contoh VKKVK

empat                 umpan                empuk

8. Contoh KVK

bas            jam            tin

9. Contoh KVKVK

pokok                 nanas                 kotak

10. Contoh KVK+KVK

pensel       sampan    doktor

Membaca frasa dengan sebutan yang betul.

kunci  pintu
rumah  teres
kereta  baharu
pensel  warna
tanduk  rusa
meja  kayu
kayu  jati
roti  keju
roda  beca
kaki  luka
cili  padi

Baca ayat mudah berikut dan fahamkan.


Lembu betina itu besar.
Kakak masak laksa.
Jam meja atas rak.
Epal merah ini manis.
Sani baca buku cerita.


Membaca cerita dengan intonasi yang betul.


Ini rumah Fatin. Rumah ini besar. Rumah Fatin ada lima bilik. Rumah Fatin warna merah. Rumah ini kemas dan cantik.


MODUL

KAJIAN KEMBARA PRASEKOLAH

MATEMATIK

(KEMAHIRAN MENGIRA)



Bilang dan bulatkan nombor yang betul.


Lengkapkan nombor di bawah:

  





































2 comments:

  1. Bahan bacaan itu amat berguna dalam kemahiran asas membaca.

    ReplyDelete