Menu

Led

Pengenalan

PENGENALAN

Prasekolah SJK © Pasir Pinji 1 dibuka pada tahun 2007 diberi nama Prasekolah SJK © Pasir Pinji 1 adalah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru Prasekolah Puan Teoh dan seorang pembantu Puan Hasliza telah membangunkan dan menceriakan suasana kelas Prasekolah dengan kemasukan murid seramai 25 orang menjadikan kelas Prasekolah Lengkap dan penuh. Kini Prasekolah tetap akan terus menyambung warisan Prasekolah. Oleh demikian Pn Teoh akan menaikkan lagi prestasi Prasekolah ini dengan pencapaian murid yang memberansangkan.

Friday 19 October 2012

Kejohanan Olahraga dan Balapan Tahun 2012





Pada 7 Julai yang lalu, SJK(C) Pasir Pinji 1 telah mengadakan Kejohanan Olahraga & Balapan Tahunan bagi tahun 2012. 
Acara ini telah dirasmikan dengan meriahnya oleh Lembaga Pengurus Sekolah, En. Yap Kien Seng. Acara pada hari itu dimulakan dengan perbarisan murid sekolah, dan seterusnya bacaan ikrar kejohanan. Sebanyak 23 acara sukan yang dipertandingkan. Setelah habis semua acara, acara khas telah diadakan untuk wakil-wakil PIBG.
Kejohanan Olahraga & Balapan ini telah diakhiri dengan penyampaian hadiah kepda rumah sukan yang menjadi Johan, Olahragawan & Olahragawati sekolah serta hiasan tercantik khemah. Ucapan Perasmian Penutup telah dilakukan oleh Pengerusi PIBG, En. Lee CheeHoh A.M.Pserta laungan Hip Hip Hoore bagi meanandakan berakhirnya temasya itu untuk kali ini.
Pada yang berjaya, diucapkan tahniah, juga pada yang kurang bernasib baik, cuba yang terbaik untuk temasya yang akan datang. Disertakan beberapa keping gambar untuk tatapan para pengunjung blog SJK(C) Pasir Pinji 1.


Guru-guru menghiasi khemah rumah masing-masing.
Guru dan murid-murid Prasekolah memberi tabik hormat kepada tetamu.
Semua murid bersedia memulakan acara permainan" Pergi Ke Sekolah"
Acara" Siapa cepat,dia dapat"
Murid-murid Prasekolah berlari dengan sekuat-kuatnya!
Permainan "Meletakkan Pundi Kacang ke dalam Rotan"
Murid-murid menunjukkan wajah yang sungguh gembira.

No comments:

Post a Comment