Menu

Pengenalan

PENGENALAN

Prasekolah SJK © Pasir Pinji 1 dibuka pada tahun 2007 diberi nama Prasekolah SJK © Pasir Pinji 1 adalah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru Prasekolah Puan Teoh dan seorang pembantu Puan Hasliza telah membangunkan dan menceriakan suasana kelas Prasekolah dengan kemasukan murid seramai 25 orang menjadikan kelas Prasekolah Lengkap dan penuh. Kini Prasekolah tetap akan terus menyambung warisan Prasekolah. Oleh demikian Pn Teoh akan menaikkan lagi prestasi Prasekolah ini dengan pencapaian murid yang memberansangkan.

Monday, 22 October 2012

Karnival 916



Pada tarikh 16 September 2012, telah berlangsungnya karnival yang dianjurkan bersama oleh Sin Chew Daily dan 2 buah sekolah, iaitu sekolah SJK(C) Pasir Pinji 1 dan SJK(C) Pasir Pinji 2. Karnival telah berlangsung dengan meriah sekali. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan pada hari tersebut. Terima kasih buat semua penyumbang-penyumbang hadiah, perderma-penderma dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang karnival itu berlangsung. Di harap acara sebegini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. Tahniah juga kepada semua pengunjung bertuah yang telah mendapat Cabutan Bertuah. Di sini disertakan beberapa keping gambar untuk tatapan semua.

Upacara Perasmian Karnival 916
Persembahan Tarian oleh murid-murid
Kanak-kanak bermain di Taman Permainan
Kanak-kanak akan mendapat belon percuma
Aktiviti menderma darah
Aktiviti pemeriksaan mata
Aktiviti Jualan Amal dijalankan
Suasana Jualan Amal sungguh menggalakkan
Kuih-muih dan pelbagai jenis kek
Barangan seperti kicap juga ada dijual di sana
Guru-guru bekerjasama menjual sayur-sayuran
Para tetamu yang bertuah mendapat hadiah dalam "Cabutan Bertuah
 Lagi Gambar: Klik Sini

2 comments:

  1. Saya berasa sungguh gembira lihat aktiviti yang dijalankan di sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Walaupun penat menjalankan aktiviti tersebut, tetapi berasa sungguh gembira dan memuaskan!!!

      Delete