Sambutan Hari Jadi telah
dilaksanakan pada setiap bulan. Tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk
memupuk semangat kasih sayang di kalangan murid. Program ini dapat mendorong
murid-murid bergaul mesra di antara satu sama lain dan memupuk perpaduan di
kalangan mereka yang terdiri daripada berbilang kaum. Murid-murid dapat berinteraksi
dan bergaul mesra di antara satu sama lain.
Pembantu pengurusan murid menyediakan makanan
yang lazat untuk majlis Hari Jadi. Guru Prasekolah dan Pembantu pengurusan
murid menghiasi kelas Prasekolah dengan belon-belon yang berwarna-warni. Makanan
dan hadiah yang dibawa oleh rakan-rakan diletakkan di atas meja yang disediakan.
Murid-murid menyanyikan lagu hari jadi. Guru Prasekolah dan
Pembantu pengurusan murid memotong kek dan mengagihkan kek kepada murid-murid. Guru
Prasekolah memberikan hadiah kepada
murid yang menyambut hari jadi pada bulan
tersebut.
Kek Hari Jadi |
Pelbagai makanan dan minuman disediakan |
Guru Besar, PK1,PKKK, Guru Prasekolah, PPM serta murid-murid
sedang menyanyikan lagu Hari Jadi.
|
Murid-murid memotong kek |
Murid-murid yang menyambut hari jadi |
Murid-murid yang menyambut hari jadi
mengambil gambar bersama dengan Guru Besar,PK1,PKKK, Guru Prasekolah
dan PPM.
|
No comments:
Post a Comment