Menu

Led

Pengenalan

PENGENALAN

Prasekolah SJK © Pasir Pinji 1 dibuka pada tahun 2007 diberi nama Prasekolah SJK © Pasir Pinji 1 adalah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru Prasekolah Puan Teoh dan seorang pembantu Puan Hasliza telah membangunkan dan menceriakan suasana kelas Prasekolah dengan kemasukan murid seramai 25 orang menjadikan kelas Prasekolah Lengkap dan penuh. Kini Prasekolah tetap akan terus menyambung warisan Prasekolah. Oleh demikian Pn Teoh akan menaikkan lagi prestasi Prasekolah ini dengan pencapaian murid yang memberansangkan.

Tuesday 13 November 2012

MAJLIS PERPISAHAN KE-60



Pada 5 November 2012, telah diadakan Majlis Perpisahan Murid-Murid Tahun 6 bagi tahun ini buat kali yang ke-60 dan Majlis Konvokesyen murid-murid Prasekolah SJK(C) Pasir Pinji 1. Majlis pada pagi itu dimulakan dengan persembahan murid prasekolah dan diikuti dengan kata-kata aluan daripada Lembaga Pengurus Sekolah, En. Yap Kien Seng, Pengerusi PIBG sekolah, En. Lee Che Hoh AMP, dan di akhiri oleh ucapan Guru Besar, Pn. Chan Yoke Kheng.
Setelah itu, acara penyampaian sijil, anugerah dan hadiah telah berlangsung. Tahniah kepada murid-murid yang cemerlang pada tahun ini. Acara itu telah diteruskan dengan persembahan murid-murid Tahun 6, dan diakhiri dengan sesi bersalaman murid-murid Tahun 6 dengan guru-guru serta wakil Lembaga Pengurus dan PIBG.
Kepada murid-murid Tahun 6 2012, selamat menempuh alam persekolahan di sekolah menengah pada tahun hadapan. Semoga terus berjaya. Disertakan beberapa keping gambar semasa majlis itu berlangsung.


Murid-murid dan ibu bapa berkumpul di dewan serbaguna



                  Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah, Guru Besar Sekolah dan Pengerusi PIBGSekolah memberi ucapan
Anugerah Murid Teladan Sekolah
Persembahan Tarian oleh kanak-kanak Prasekolah
Kanak-kanak Prasekolah menerima Sijil Tamat Persekolahan Prasekolah
Lagi gambar:Klik Sini
                          Rakaman Video Persembahan Tarian oleh kanak-kanak Prasekolah

4 comments:

  1. Sangat menarik!

    ReplyDelete
  2. Tarian kanak-kanak sungguh menarik. Syabas cikgu!!

    ReplyDelete
  3. anak murid cikgu pandai menari!

    ReplyDelete
  4. Ini merupakan Tarian ke 2 yang saya usahakan! Sememangnya saya tidak pandai menari dan juga tidak pakar dalam mengajar tarian. Cara yang baik ialah belajar dari video Youtube!!!

    ReplyDelete