Menu

Pengenalan

PENGENALAN

Prasekolah SJK © Pasir Pinji 1 dibuka pada tahun 2007 diberi nama Prasekolah SJK © Pasir Pinji 1 adalah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru Prasekolah Puan Teoh dan seorang pembantu Puan Hasliza telah membangunkan dan menceriakan suasana kelas Prasekolah dengan kemasukan murid seramai 25 orang menjadikan kelas Prasekolah Lengkap dan penuh. Kini Prasekolah tetap akan terus menyambung warisan Prasekolah. Oleh demikian Pn Teoh akan menaikkan lagi prestasi Prasekolah ini dengan pencapaian murid yang memberansangkan.

Tuesday, 2 October 2012

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN



Rancangan Pengajaran Harian
Tarikh : 16. Feb. 2012
Kelas : Prasekolah SJK ( C ) Pasir Pinji 1
Masa : 30 minit
Bilangan pelajar : 25 orang
Umur pelajar : 6 tahun
Komponen : Kreativiti dan Estetika
Kandungan : 2.1 Menghasilkan lukisan dan kraf
Hasil Pembelajaran : 2.1.4 Mengenal dan membezakan warna
Tema : Warna
Tajuk : Objek disekeliling kita
Bahan : Video nyanyian, gambar, kertas warna, lembaran kerja, power point, video tentang warna.
Pengetahuan sedia ada pelajar : Kanak-kanak telah mengetahui warna
                                                   asas (merah, biru dan kuning).
Komponen yang berkaitan : Komponen fizikal, Komponen sosioemosi dan Komponen kretiviti dan estetika.
Nilai dan tingkah laku : Bekerjasama dalam kalangan pelajar.
Rujukan : Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Kurikulum Prasekolah, Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia.


Langkah/
Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan

Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
(5 minit)
Nyanyian lagu.
1) Guru mengajak kanak-kanak untuk menyanyikan lagu warna sambil melakukan pergerakkan berdasarkan video.
2) Guru memberitahu kanak-kanak bahawa hari ini kita akan mengenal warna.
3) Guru menunjukkan beberapa contoh objek yang berwarna merah, kuning dan biru.

1) Kanak-kanak akan menyanyi lagu warna bersama-sama guru sambil melakukan pergerakkan berdasarkan video.
2) Kanak-kanak melihat objek yang ditunjukkan oleh guru.


Nilai
-Kerjasama

TKP (MI)
- Verbal linguistik

BBM: video
Langkah 1
(10 minit)
Mewarnakan kad.
1)Guru memberi kad warna secara rawak kepada setiap kanak-kanak. (merah, kuning, hijau, biru)
2) Kemudian, guru meminta kanak-kanak duduk dalam kumpulan berdasarkan kertas warna yang mereka dapat.
3) Guru akan menyebut satu jenis warna dan kumpulan yang mewakili warna tersebut akan menunjukkan kad warna mereka dan jika betul, mereka di minta untuk mewarna gambar yang terdapat di komputer.
4) Kemudian, guru akan menyebut warna yang lain (ulang langkah 3 sehingga habis)
1) Kanak-kanak akan mendapat kad warna daripada guru.
2) Kanak-kanak akan duduk di dalam kumpulan masing-masing berdasarkan warna yang mereka perolehi.
3) Apabila guru menyebut satu jenis warna, kanak-kanak yang mewakili warna tersebut akan berdiri dan mewarna di hadapan.
4) ulang langkah 3 sehingga habis


Nilai
- Prihatin
- Tolong-menolong

Strategi P&P
- Metakognitif

KB
- Mendengar
KBF- membuat
         urutan

(MI)
- Verbal linguistik

Langkah 2
(5 minit)
Membezakan warna.
1) Guru menunjukkan beberapa gambar dengan menggunakan power point kepada kanak-kanak.
2) Guru meminta kanak-kanak untuk membezakan warna yang terdapat dalam gambar tersebut.
3) Guru memilih beberapa orang kanak-kanak secara rawak untuk menyebutkan warna pada gambar tersebut, kemudian menyebutnya secara beramai-ramai pula.


1) Kanak-kanak melihat gambar yang ditunjukkan oleh guru.
2) Kanak-kanak cuba mengecam dan mengenalpasti warna yang terdapat pada gambar.

                  
Nilai
- Semangat Bermasayarakat

Strategi P&P
- Metakognitif

KB
- Membaca mekanis

Langkah 3
(5 minit)




Memadankan objek dengan warna
1) Guru mengajak kanak-kanak untuk bermain dengan warna
2)Guru meminta kanak-kanak untuk memadankan objek yang mempunyai warna yang sama.

1) Kanak-kanak melakukan aktiviti memadankan objek yang mempunyai warna yang sama.


Nilai
- Kerjasama

Strategi P&P
- Koperatif & Kolaboratif

KBf:Menjana idea

Penutup
(5 minit)
Menyebut warna.
1) Guru menunjukkan beberapa objek kepada kanak-kanak dan meminta kanak-kanak untuk menyebut warna objek tersebut
2) Kemudian, guru menyebut warna dan meminta kanak-kanak untuk menyebut objek di dalam kelas yang mempunyai warna yang sama dengan warna yang disebut tadi.
3) Akhir sekali, guru mengajak kanak-kanak untuk menonton video yang berkaitan dengan warna.


1) Kanak-kanak akan menyebut warna objek yang ditunjukkan oleh guru.
2) Kemudian, kanak-kanak akan menyebut objek yang berada di dalam kelas yang sama dengan warna yang disebut oleh guru.
3) Kanak-kanak menonton video yang ditayangkan oleh guru.
4) Kanak-kanak mengulang semula apa yang telah dipelajari pada hari ini. Oleh itu, guru dapat mengetahui sama ada kanak-kanak sudah boleh mengecam warna atau tidak.

Nilai
- Berani












2 comments: