Menu

Led

Pengenalan

PENGENALAN

Prasekolah SJK © Pasir Pinji 1 dibuka pada tahun 2007 diberi nama Prasekolah SJK © Pasir Pinji 1 adalah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru Prasekolah Puan Teoh dan seorang pembantu Puan Hasliza telah membangunkan dan menceriakan suasana kelas Prasekolah dengan kemasukan murid seramai 25 orang menjadikan kelas Prasekolah Lengkap dan penuh. Kini Prasekolah tetap akan terus menyambung warisan Prasekolah. Oleh demikian Pn Teoh akan menaikkan lagi prestasi Prasekolah ini dengan pencapaian murid yang memberansangkan.

Wednesday 17 October 2012

Hari Ibubapa 2012



Pada 22 Jun 2012, telah diadakan Hari Ibubapa disekolah ini. Hari Ibubapa adalah hari penyerahan kad laporan prestasi murid bagi penggal pertama tahun ini. Objektif mengadakan Hari Ibubapa ini adalah bertujuan memberi gambaran kepada ibubapa tentang prestasi anak-anak mereka didalam kelas. Sambutan yang diberikan amat menggalakkan dengan penglibatan ibubapa serta penjaga yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga bagi menghadiri perjumpaan ini. Kami warga kerja SJK(C) Pasir Pinji 1 mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan puan kerana sudi hadir. Dibawah di lampirkan beberapa keping gambar untuk tatapan anda semua.




No comments:

Post a Comment