Thursday 27 September 2012

Sambutan Tahun Baru Cina



Sambutan Tahun Baru Cina Tahun 2012

Sambutan tersebut telah diadakan pada 20 Januari 2012 (Jumaat) yang lalu. Tepat jam 11.00 pagi, murid-murid telah berkumpul di Dewan Serbaguna menanti kedatangan tetamu-tetamu jemputan. Suasana pada pagi tersebut amat meriah dengan para guru mengenakan pakaian tradisional Tahun Baru Cina. Untuk makluman para pengunjung blog ini, pada tahun ini, bermulalah Tahun Naga bagi masyarakat Cina. Ada juga kepercayaan dalam masyarakat Cina ini, Tahun Naga paling digemari oleh ibubapa untuk melahirkan anak.
Berikut disertakan gambar semasa sambutan itu berlangsung. Sambutan ini berakhir lebih kurang pukul 1.00 petang. SELAMAT TAHUN BARU CINA! 

Murid-murid Prasekolah membuat persembahan nyanyian dan tarian.
Murid-murid Prasekolah mendapat limau dan Angpau.

No comments:

Post a Comment