Wednesday 26 September 2012

Hari Orientasi Prasekolah


Hari Orientasi Prasekolah 2012

30 Disember 2011 Jumaat, Hari orientasi Prasekolah 2012 telah selamat dijalankan dari Jam 8.30 Pagi hingga 10.30 Pagi. Semua ibu bapa dan penjaga murid Prasekolah dan juga Tahun 1 telah diberi Taklimat oleh Puan Chan Yoke Kheng Guru Besar SJK © Pasir Pinji 1, manakala murid akan bersama guru sebagai sesi suai kenal. Kehadiran murid sangat memuaskan. Pelbagai ragam anak-anak yang bakal melangkah masuk ke sekolah bagi sesi tahun hadapan dapat dilihat sepanjang program ini. Bersama-sama ini disertakan beberapa gambar yang mencuit hati semasa hari orientasi prasekolah bersama bakal murid prasekolah 2012.

Murid-murid dengan pelbagai karenah dan gelagat yang mencuit hati 


Para ibu bapa sedang membuat bayaran bagi sesi persekolahan 2012


Puan Teoh, guru prasekolah bersama Puan Hasliza pembantu Prasekolah
 sedang bersuai kenal dengan murid-murid Prasekolah




Antara ibu bapa yang hadir sedang mendengar taklimat oleh Guru Besar


No comments:

Post a Comment