Saturday 20 October 2012

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55



Hiasan pentas sempenan Hari Kemerdekaan.

Baru-baru ini, SJK(C) Pasir Pinji 1 telah mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan sempena Ulangtahun Kemerdekaan yang Ke-55. Sambutan yang bertujuan memupuk semangat cinta akan negara kepada warga sekolah ini berjaya diadakan dengan meriah. Sambutan yang diadakan pada pagi Isnin  13 September 2012 lalu telah disertai oleh seluruh warga sekolah termasuk guru-guru dan pelajar.
           Pengacara majlis bagi sambutan Hari Kemerdekaan pada pagi itu adalah Pn. Goh Kim Chiok. Acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Setelah itu, ucapan dari Pn.Chan Yoke Kheng  selaku Guru Besar sekolah ini. Acara diteruskan lagi dengan nyanyian lagu 1 Malaysia, Jalur Gemilang dan lagu tema Hari Kemerdekaan pada tahun ini iaitu,“Janji Ditepati”.
           Acara kemuncak pada pagi itu adalah laungan MERDEKA sebanyak 7 kali yang di laungkan oleh En. Wong Chun Fatt. Sambutan diakhiri dengan bacaan Rukunegara yang diketuai oleh Guru Besar secara beramai-ramai bersama semua warga sekolah.
Guru Besar memberikan ucapan.


Murid-murid menjawab soalan kuiz. 
Murid yang menjawab soalan kuiz dengan betul akan mendapat hadiah
Hiasan Prasekolah sempena Hari Kemerdekaan.


2 comments:

  1. Terus berusaha untuk menjayakan blog anda!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Sama-samalah kita berusaha untuk menjayakan blog!

      Delete