Thursday, 25 October 2012

Sambutan Hari Jadi



Sambutan Hari Jadi telah dilaksanakan pada setiap bulan. Tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk memupuk semangat kasih sayang di kalangan murid. Program ini dapat mendorong murid-murid bergaul mesra di antara satu sama lain dan memupuk perpaduan di kalangan mereka yang terdiri daripada berbilang kaum. Murid-murid dapat berinteraksi dan bergaul mesra di antara satu sama lain.
        Pembantu pengurusan murid menyediakan makanan yang lazat untuk majlis Hari Jadi. Guru Prasekolah dan Pembantu pengurusan murid menghiasi kelas Prasekolah dengan belon-belon yang berwarna-warni. Makanan dan hadiah yang dibawa oleh rakan-rakan diletakkan di atas meja yang disediakan. Murid-murid menyanyikan lagu hari jadi. Guru Prasekolah dan Pembantu pengurusan murid memotong kek dan mengagihkan kek kepada murid-murid. Guru Prasekolah memberikan hadiah  kepada murid yang menyambut hari jadi pada  bulan tersebut.        



Kek Hari Jadi
Pelbagai makanan dan minuman disediakan

Guru Besar, PK1,PKKK, Guru Prasekolah, PPM serta murid-murid
sedang menyanyikan lagu Hari Jadi.





Murid-murid memotong kek
Murid-murid yang menyambut hari jadi

Murid-murid yang menyambut hari jadi
mengambil gambar bersama dengan Guru Besar,PK1,PKKK, Guru Prasekolah dan PPM.           

No comments:

Post a Comment